Followers


.



Nov 13, 2011

Hari berganti hari ,bulan berganti bulan ,tahun berganti tahun ,umur berganti umur . Kini ,tiba masanye aku digelar Calon Sijil Pelajaran Malaysia 2011. Sekian lama aku menanti sejak dari tadika sehingga ke sekolah menengah ,akhirnya aku merasa ape itu erti menjadi calon spm .Ya ,berdebar itu semestinye dihadapi oleh semua yang bergelar calon spm. Tak dapat diungkap kan betapa lajunye perasaan gemuruh itu datang secara tiba-2. Mungkin perasaan ini telah dilalui oleh senior yang dulu. Siang malam berhempus pulas membaca semua yang telah diajar , memerah otak mengingatkan ape yang cikgu selalu membebel dekat depan. Mungkin itu yang dimaksudkan pengorbanan seorang guru yang tak pernah kenal erti bosan mengulangi benda yang sama setiap hari.

Aku ,aku salah satu calon spm 2011. Tahun ney penentu segalanya buat aku .Aku ,yang dulu hanya tidur dalam mimpi dan khayalan , selepas ney tidak lagi .Mungkin ape yang aku ingin kan akan tercapai kelak. Cita-cita ku mungkin akan tercapai satu persatu. Keinginan aku untuk menjadi itu ini semua nya akan aku rasai. Selepas tuw bermula lha kehidupan aku menjadi seorang lepasan spm.Tidak lagi aku merasai pakai baju kurung dengan kain biru dan bertudung .Tidak lagi aku menyandang beg yang berat kerana dipenuhi bermacam buku ,tidak lagi aku bangun seawal 6 pagi untuk siap ke sekolah. Tidak lagi aku duduk dalam satu bangunan sekolah bersama kawan yang lain ,tidak lagi aku jumpa kawan-2 yang pernah dulu susah senang bersama .Tidak lagi aku jumpe cikgu ,tidak lagi aku mendengar cikgu berhempas pulas mengajar anak muridnya.Semua tuw kenangan yang akan dirasai oleh setiap manusia.

Aku yang hanya dari pagi hingga ke malam membelek dan mengulangkaji buku .Semua nye demi SPM, demi kehidupan. Sekiranya aku Lulus Cemerlang dalam SPM dan memperoleh 9A+ ,AMIN dan sekiranya aku ada yang gagal ,aku berserah pada Allah Swt. Mudah-mudahan aku berjaya :) Kini, hanya tinggal beberapa jam saje lagi untuk aku masuk ke dalam dewan , Doakan aku berjaya wahai kawan blogger dan facebook . Thanks , Kbai ~